Laman web JomUpskill.com (“laman ini”) dikendalikan oleh Digital Analytic Solution Sdn Bhd (“kami”).
Data yang kami kumpul
Laman ini tidak mempunyai borang pendaftaran, borang hubungan, langganan e-mel atau akaun pengguna. Kami tidak mengumpul nama, e-mel atau nombor telefon anda melalui laman ini.
Seperti kebanyakan laman web, pelayan hosting mungkin merekod maklumat teknikal asas (contohnya alamat IP, jenis pelayar dan halaman yang dilawati) untuk tujuan keselamatan dan operasi.
Apabila anda menekan butang WhatsApp, anda akan dibawa ke perkhidmatan WhatsApp (dimiliki oleh pihak ketiga). Mesej yang anda hantar kepada kami di sana tertakluk kepada terma dan dasar privasi WhatsApp. Maklumat yang anda kongsi dalam perbualan hanya digunakan untuk menjawab pertanyaan anda tentang kelas.
Pendaftaran dan pembayaran
Apabila pendaftaran online dibuka, ia akan diproses melalui penyedia pihak ketiga. Dasar privasi penyedia tersebut akan terpakai, dan dokumen ini akan dikemaskini sewajarnya.
Cookies dan analytics
Pada masa ini laman ini tidak memasang cookies pengiklanan atau tracking pihak ketiga. Jika analytics ditambah pada masa hadapan, dasar ini akan dikemaskini terlebih dahulu.
Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan tentang privasi, hubungi kami melalui WhatsApp di +60 12-341 1354.